Selamba makan walaupun berlaku kebakaran - Utusan Malaysia

Selamba makan walaupun berlaku kebakaran

TANGKAP layar video menunjukkan dua lelaki sedang menjamu selera sambil berborak ketika kebakaran berlaku. – NEWSLIONS
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

MUMBAI: Satu video memaparkan dua tetamu di sebuah majlis perkahwinan di India secara selamba menikmati hidangan makanan walaupun kelihatan kebakaran berlaku di belakang mereka.

Lapor Daily Mail, video yang dirakam di sebuah majlis perkahwinan di Bhiwandi, Maharasthra, menjadi tular dalam media sosial.

Rakaman video menunjukkan dua lelaki berkenaan sedang menjamu selera sambil berborak ketika kejadian kebakaran berlaku.

Malah, salah seorang lelaki yang mengenakan baju putih dilihat secara santai memandang ke arah kebakaran itu sebelum sambung makan.

Sedangkan, pada masa sama, ramai tetamu di majlis perkahwinan itu tercengang melihat api sedang marak.

Menurut NDTV, kebakaran di majlis perkahwinan itu berpunca daripada penggunaan mercun sehingga memusnahkan enam kenderaan, beberapa kerusi dan barangan hiasan.

Majlis Perbandaran Thane memaklumkan sebanyak empat jentera bomba bersama beberapa anggota dikerahkan ke lokasi kejadian untuk memadamkan kebakaran. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya