Sedekad pemergian Kim Jong-il, warga Korea Utara dilarang ketawa, beriadah selama 11 hari - Utusan Malaysia

Sedekad pemergian Kim Jong-il, warga Korea Utara dilarang ketawa, beriadah selama 11 hari

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PYONGYANG: Korea Utara akan memasuki masa berkabung untuk memperingati satu dekad Kim Jong-il, bapa kepada Kim Jong-un, yang meninggal dunia pada 17 Disember 2011.

CNN Indonesia melaporkan, untuk itu selama 11 hari, warga Korea Utara dilarang melakukan pelbagai aktiviti yang menyeronokkan, seperti beriadah hingga ketawa.

“Sepanjang tempoh berkabung, kami tidak dibenarkan minum arak, ketawa atau terlibat dalam aktiviti yang menyeronokkan,” kata seorang penduduk Korea Utara di Sinuiju, kepada Radio Free Asia, baru-baru ini.

Penduduk tersebut memberitahu, kerajaan biasanya memantau pergerakan rakyat semasa tempoh berkabung itu dengan ketat.

“Dulu ramai yang ditangkap kerana mabuk ketika berkabung dan dianggap sebagai pelaku jenayah ideologi. Mereka ditahan dan tidak pernah dilihat lagi,” kata penduduk.

Bagi membina suasana duka, polis ditempatkan di lokasi tertentu sejak awal Januari. Polis diarah mengambil tindakan segera terhadap penduduk yang bertindak melanggar peraturan.

Penduduk juga dilarang membeli-belah barangan keperluan harian. Kerajaan juga mengarahkan syarikat milik kerajaan untuk menjaga orang yang kelaparan semasa tempoh berkabung.

Tempoh berkabung untuk mengenang pemimpin Korea Utara biasanya hanya diadakan selama seminggu. Namun, tempoh berkabung dilanjutkan kerana dianggap istimewa iaitu sedekad.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya