Rakyat Myanmar lancar protes secara senyap - Utusan Malaysia

Rakyat Myanmar lancar protes secara senyap

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

YANGON: Rakyat Myanmar melancarkan ‘protes secara senyap’ dengan bertindak menutup premis perniagaan dan tidak keluar rumah hari ini.

Tindakan itu dilakukan sebagai bantahan terhadap junta tentera yang mengenakan hukuman penjara sealam empat tahun terhadap pemimpin demokrasi, Aung San Suu Kyi.

Ketua junta tentera kemudian mengurangkan hukuman Suu Kyi menjadi dua tahun atas ‘alasan kemanusiaan’.

Namun, pertuduhan yang dihadapi pemenang Hadiah Nobel Keamanan itu boleh menyebabkan beliau dipenjarakan selama bertahun-tahun.

Rakaman gambar yang tersebar menunjukkan kawasan jalan dan pasar-pasar di bandar di seluruh negara sunyi sepi tanpa kelibat pengunjung.

Sementara itu, peserta protes di bandar Shwebo di bahagian utara negara itu memakai pakaian berwarna hitam dan berhimpun secara senyap.

Ketua Protes, Khin Sandar berkata, rakyat negara ini mahu menghantar mesej kepada dunia mengenai pencabulan hak asasi manusia yang semakin teruk di Myanmar.

“Senyap adalah jeritan paling kuat. Kembalikan semula hak kami. Kami mahu revolusi dan dukacita terhadap hero kami yang ditumbangkan,” katanya.-REUTERS

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN