Penumpang turun tolak pesawat akibat tayar pecah - Utusan Malaysia

Penumpang turun tolak pesawat akibat tayar pecah

PENUMPANG menolak pesawat selepas satu daripada tayarnya pecah ketika mendarat di Lapangan Terbang Bajura. - AGENSI
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KOLTI: Sebuah pesawat berdepan detik cemas apabila satu daripada tayarnya meletup ketika mendarat.

Namun, juruterbang mampu mengawal keadaan dan pesawat itu dapat mendarat dengan selamat. 

Kejadian itu menyebabkan kapal terbang Tara Air terkandas di landasan sehingga menyebabkan banyak pesawat lain tidak dapat mendarat mahupun berlepas.

Pegawai Lapangan Terbang Bajura di Kolti turut ‘panik’ dengan kejadian itu, namun keadaan terkawal dan trafik pelepasan serta pendaratan pesawat dapat diuruskan dengan lancar.

Lapangan itu pula tidak mempunyai kemudahan menarik pesawat, sekali gus menyebabkan penumpang di dalam pesawat Tara Air keluar lalu menolak kapal terbang itu ke tepi landasan.

Video kejadian itu sempat dirakam oleh beberapa penumpang di lapangan terbang tersebut dan menjadi tular dalam media sosial.

Video tersebut mendapat pelbagai reaksi daripada pengguna media sosial dengan kebanyakannya memuji tindakan semua penumpang yang membantu menolak pesawat terbabit.

Seorang daripada pengguna media sosial menulis ‘anda hanya boleh saksikan kejadian seperti ini di Nepal’.

Seorang lagi pengguna media sosial pula memuji tindakan kesemua penumpang tersebut yang disifatkan bersedia menghulurkan bantuan pada bila-bila masa.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya