Pengendali pengangkutan awam Jerman keluarkan tiket bas, tren boleh dimakan - Utusan Malaysia

Pengendali pengangkutan awam Jerman keluarkan tiket bas, tren boleh dimakan

PENGENDALI pengangkutan awam Jerman menghasilkan tiket boleh dimakan yang diperbuat daripada minyak pokok rami. - AGENSI
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

BERLIN: Pengendali pengangkutan awam Jerman, BVG memperkenalkan pendekatan unik untuk menggalakkan lebih ramai penduduk menggunakan perkhidmatan itu bagi mengurangkan kesesakan lalu lintas di bandar raya ini.

Pengguna pengangkutan awam di Berlin kini berpeluang membeli tiket boleh dimakan yang diperbuat daripada minyak pokok rami.

Daun pokok rami dikatakan boleh memberi kesan tenang kepada penggunanya, namun ia tidak mempunyai komponen seperti ganja yang mengkhayalkan.

Jurucakap BVG, Jannes Schwentu berkata, tiket boleh dimakan itu berfungsi untuk ‘mengurangkan tekanan pengguna pengangkutan awam’ ketika mereka menaiki perkhidmatan tersebut, sama ada untuk ke tempat kerja, mahu pun beriadah.

“Seperti yang kita tahu, keadaan menjelang perayaan Krismas merupakan waktu paling sibuk, menyaksikan perkhidmatan tren dan bas sentiasa penuh.

“Sehubungan itu, kami mendapat idea untuk mengurangkan tekanan itu dengan menghasilkan tiket boleh dimakan yang dapat memberi kesan melegakan,” katanya.

Tiket itu mula dijual semalam dengan harga 8.80 euro (RM42) dan boleh digunakan dalam tempoh 24 jam.

Pengguna hanya boleh makan tiket tersebut selepas mereka tiba ke destinasi masing-masing.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya