Penduduk Arab Saudi perlu ambil dos penggalak bagi kekalkan status vaksinasi - Utusan Malaysia

Penduduk Arab Saudi perlu ambil dos penggalak bagi kekalkan status vaksinasi

SEORANG penduduk bersedia menerima suntikan vaksin Covid-19 di Riyadh, Arab Saudi. - AFP
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

RIYADH: Penduduk Arab Saudi perlu mengambil suntikan dos penggalak vaksin Covid-19 selepas lapan bulan menerima dos lengkap vaksinasi.

Langkah itu diperlukan bagi memastikan status vaksinasi mereka terus kekal ‘aktif’.

Menjelang 1 Februari 2022, golongan dewasa berusia 18 tahun ke atas perlu mengambil suntikan dos penggalak bagi menunjukkan status vaksinasi lengkap dalam aplikasi Tawakkalna.

Penduduk negara ini memerlukan status vaksinasi lengkap untuk melakukan pelbagai perkara termasuk terlibat dalam kegiatan ekonomi, komersial, kebudayaan, sukan dan pelancongan.

Selain itu, status vaksinasi aktif membolehkan penduduk menghadiri majlis kebudayaan, saintifik, sosial atau rekreasi.

Vaksinasi lengkap juga diperlukan untuk memasuki pejabat kerajaan, menaiki pesawat dan pengangkutan awam.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya