Pelajar perempuan diterkam buaya selepas keluar tandas - Utusan Malaysia

Pelajar perempuan diterkam buaya selepas keluar tandas

KEADAAN pelajar perempuan yang cedera selepas kakinya diterkam buaya di Indragiri Hilir, Riau, Indonesia. - AGENSI
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

RIAU: Seorang pelajar perempuan cedera akibat diterkam buaya selepas keluar dari tandas yang terletak di tepi sungai di belakang rumahnya.

Menurut seorang saksi, Nelpa, kejadian itu berlaku waktu pagi ketika mangsa bersiap untuk pergi ke sekolah di Indragiri Hilir, Riau.

Katanya, mangsa tidak menyedari kehadiran buaya itu sehingga kakinya kirinya diterkam haiwan buas terbabit.

“Mangsa mengalami luka parah di bahagian tapak kaki dan terpaksa menerima sebanyak 24 jahitan.

“Ketika kejadian, paras sungai tinggi susulan air pasang dan itu mungkin menyebabkan mangsa tidak menyedari kehadiran buaya tersebut,” kata Nelpa.

Sehubungan itu, pasukan bomba daerah Indragiri Hilir dikerah ke lokasi kejadian untuk melakukan pemeriksaan.

Jabatan perhilitan juga dijangka memasang umpan untuk menangkap buaya tersebut.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN