Omicron: Perintah berkurung penyelesaian bijak? Tidak, kata WHO - Utusan Malaysia

Omicron: Perintah berkurung penyelesaian bijak? Tidak, kata WHO

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

GENEVA: Pelaksanaan perintah berkurung bukan satu penyelesaian bijak kepada penularan varian baru Covid-19, Omicron yang terus meningkat sejak kebelakangan ini, menurut Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO).

Pengarah Serantau WHO, Dr. Poonam Khetrapal Singh berkata, perintah berkurung sekadar salah satu daripada kaedah yang boleh dipertimbangkan namun bukanlah satu-satunya jalan keluar kepada penularan varian baru itu.

“Ia boleh dijadikan sebagai pilihan terakhir kerana pelaksanaan perintah berkurung sebelum ini terbukti melibatkan kos yang tinggi dan menyusahkan orang ramai.

“Justeru langkah-langkah kesihatan awam seperti pematuhan kepada prosedur operasi standard (SOP) dan meningkatkan kadar vaksinasi perlu diberi tumpuan,” katanya seperti dilaporkan Berita Mediacorp.

Omicron berisiko ‘sangat tinggi’ di seluruh dunia, walaupun wujud ketidakpastian mengenai bahaya dan tahap penularan varian baru itu.

Ia dikesan mempunyai jumlah mutasi lebih 30 kali selain mempunyai kadar kebolehjangkitan yang lebih tinggi berbanding Delta.

Mengulas lanjut, berdasarkan maklumat awal, Dr. Poonam menjangkakan dunia bakal menyaksikan lonjakan kes memandangkan kadar penularan Covid-19 melibatkan varian baru itu adalah tinggi.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya