Lelaki pecah rekod dunia sendawa paling kuat - Utusan Malaysia

Lelaki pecah rekod dunia sendawa paling kuat

NEVILLE Sharp - GUINNESS WORLD RECORD
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

CANBERRA: Seorang lelaki dari Australia berjaya memecahkan Rekod Dunia Guinness dengan mengeluarkan sendawa paling kuat.

Lapor portal UPI, Neville Sharp dari Darwin di Northern Territory mengeluarkan bunyi sendawa sekuat 112.4 desibel (db).

Menurut Sharp, dia menghabiskan masa kira-kira lima tahun membuat persiapan bagi melakukan aksi tersebut.

“Bahagian paling sukar adalah apabila anda perlu mengumpul peralatan yang sesuai untuk mengukur jumlah pelepasan dengan tepat,” katanya.

Sharp memecahkan rekod 109.9 desibel yang dicatatkan oleh Paul Hunn dari Britain pada 2019. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya.