Lelaki mengamuk lihat jemaah wanita solat di masjid, bakar kelengkapan solat - Utusan Malaysia

Lelaki mengamuk lihat jemaah wanita solat di masjid, bakar kelengkapan solat

SUSPEK ditahan polis selepas beberapa saksi ternampak dia membawa bahan bakar ke masjid. - AGENSI
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PASANGKAYU: Seorang lelaki nekad membakar beberapa perabot dan kemudahan di sebuah masjid di sini selepas berang melihat jemaah wanita menunaikan solat di premis tersebut.

Ketua Polis Pasangkayu, Didik Subiyakto berkata, antara perabot yang dibakar suspek termasuk almari yang mengandungi pelbagai kelengkapan solat.

Katanya, suspek ditahan polis selepas beberapa saksi ternampak dia membawa bahan bakar ke masjid tersebut.

“Hasil siasatan awal mendapati suspek mempunyai fahaman bahawa golongan wanita tidak boleh solat di masjid.

“Disebabkan itu, dia berang selepas melihat ada penduduk wanita masuk dan menunaikan solat di masjid berkenaan sehingga sanggup membakar harta benda masjid,” katanya.

Didik juga memaklumkan, hasil pemeriksaan kesihatan awal mendapati suspek tidak mempunyai masalah psikologi.

Namun, suspek tetap akan dihantar ke hospital mental bagi menjalani pemeriksaan rapi sebelum polis melanjutkan siasatan.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN