Lelaki 20 tahun dijatuhi hukuman pemulihan, lakukan seks dengan 3 pelajar bawah umur - Utusan Malaysia

Lelaki 20 tahun dijatuhi hukuman pemulihan, lakukan seks dengan 3 pelajar bawah umur

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SINGAPURA: Seorang lelaki berusia 20 tahun yang melakukan hubungan seks bawah umur dengan tiga pelajar sekolah menengah dijatuhi perintah tahanan selama setahun di pusat latihan pemulihan.

Berita Mediacorp melaporkan, tertuduh mengaku bersalah bulan lalu atas empat tuduhan melakukan penembusan seksual kanak-kanak bawah umur, dengan 15 tuduhan lagi, termasuk mencuri mainan dari mesin, diambil kira.

Hakim sebelum ini meminta laporan kesesuaian untuk menjalani latihan pemulihan dan tertuduh didapati sesuai dan dalam keadaan fizikal dan mental yang baik untuk menjalani hukuman sedemikian.

Latihan pemulihan adalah hukuman lebih berat dan ia menahan pesalah yang lebih muda dalam sekitaran berstruktur dengan penekanan pada pemulihan.

Pesalah itu bekerja sebagai jurujual ketika dia bertemu mangsa pertama yang berusia 14 tahun, di sebuah pusat beli-belah pada November 2019. Remaja perempuan itu telah melarikan diri dari rumah tumpangan kanak-kanak.

Mereka mula berpacaran dan melakukan aktiviti seksual, termasuk persetubuhan di flat rakan tertuduh.

Pada masa yang sama, pesalah berkawan dengan mangsa kedua berusia 13 tahun di Instagram. Mereka bertemu pada November 2019 di sebuah taman permainan sebelum melakukan seks di tempat letak kereta berdekatan.

Mahkamah diberitahu, lelaki itu kemudian berkenalan dengan mangsa ketiga, yang berusia 14 tahun, di Instagram pada Januari 2020 dan mencadangkan hubungan intim dengannya.

Mereka bertemu di sebuah hotel di Geylang pada bulan berikutnya dan melakukan hubungan seks tanpa menggunakan alat perlindungan kehamilan.

Ketiga-tiga mangsa melaporkan kesalahan itu – dengan yang pertama mengaku kepada seorang pegawai bimbingan belia, dan yang kedua kepada seorang guru yang menyedari kelakuannya tidak seperti ‘biasa’. Mangsa ketiga membuat aduan polis pada Ogos 2020.

Hukuman bagi melakukan penembusan seksual kanak-kanak bawah umur ialah penjara tidak melebihi 20 tahun dan denda atau rotan.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya