Kertas peperiksaan ditandai Elon Musk dilelong RM32,725 - Utusan Malaysia

Kertas peperiksaan ditandai Elon Musk dilelong RM32,725

KERTAS peperiksaan yang pernah ditandai oleh Elon Musk. - AGENSI
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

BOSTON: Beberapa keping kertas jawapan peperiksaan yang pernah ditandai oleh individu terkaya dunia, Elon Musk dijual pada harga AS$7,753 (RM32,725).

Menurut agensi lelong RR Auctions, kertas peperiksaan itu dijawab oleh seorang pelajar bernama Brian Thomas pada 1995 dan ditandai oleh Musk ketika beliau menjadi penolong pensyarah di Sekolah Perniagaan Wharton di Universiti Pennsylvania.

Kertas peperiksaan itu mempunyai tanda tangan Musk dan ulasan menegur penulisan pelajar itu yang menggunakan perkataan tidak sopan.

Dalam pada itu, pelajar itu yang dihubungi media tempatan memaklumkan, anaknya yang menyedari kertas peperiksaan itu ditandai Musk.

“Pada mulanya, saya melihat kertas peperiksaan itu kerana teringatkan pensyarah Prof. Myles Bass dan tiba-tiba anak saya perasan tanda tangan Musk,” katanya sebelum membuat keputusan untuk melelong kertas tersebut.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya.