Kanak-kanak lelaki 12 tahun maut tercekik bebola daging - Utusan Malaysia

Kanak-kanak lelaki 12 tahun maut tercekik bebola daging

AHLI keluarga Aldinus mengusung keranda yang membawa mayatnya untuk dikebumikan di Sikka, Nusa Tenggara Timur, Indonesia. - AGENSI
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

MAUMERE: Seorang kanak-kanak lelaki berusia 12 tahun di daerah Sikka, Nusa Tenggara Timur meninggal dunia selepas tercekik bebola daging yang dimakannya.

Kejadian itu berlaku ketika Aldinus Edel Pati pulang dari sekolah dan membeli bebola daging yang dijual di depan sekolah tersebut.

Menurut Pengetua Sekolah Maumere, Viotalis Sukalumba berkata, sebelum mangsa pulang ke rumah, dia dan beberapa rakannya sempat membeli bakso dan makan di depan pagar sekolah.

“Ketika Aldinus makan, dipercayai satu daripada bebola daging itu tersekat dalam kerongkongnya, menyebabkan dia tercekik dan mula sesak nafas.

“Rakan-rakannya memberitahu, Aldinus cuba minum air, namun tidak mampu menelannya sebelum cuba mengorek mulutnya untuk mengeluarkan bebola daging tersebut,” katanya.

Panik dengan keadaan itu, rakan-rakan mangsa segera memanggil guru untuk pertolongan sebelum Aldinus dihantar ke hospital.

Namun, kanak-kanak itu disahkan meninggal dunia ketika mendapatkan rawatan.

Sementara itu, Viotalis mewakili semua pihak di sekolah menzahirkan ucapan takziah kepada keluarga mangsa.

“Kami amat berdukacita dengan kejadian yang menimpa Aldinus,” ujarnya.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya