Jawatankuasa masjid terkejut dapat sumbangan berupa duit mainan - Utusan Malaysia

Jawatankuasa masjid terkejut dapat sumbangan berupa duit mainan

KETUA Pembangunan Masjid, Subadri menunjukkan duit permainan yang diterima daripada seorang penyumbang. - AGENSI
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

JAKARTA: Jawatankuasa Pembangunan Masjid Baiturohman di Desa Lebo, Warungase, Jawa Tengah terkejut kerana menerima sumbangan berupa duit mainan.

Perkara tersebut hanya disedari ketika jawatankuasa tersebut ingin menggunakan duit berkenaan ketika membeli barangan di sebuah kedai.

Ketua Pembangunan Masjid, Subadri berkata, pemilik kedai berkenaan memaklumkan mereka tidak boleh menerima duit itu kerana ia bukan duit sebenar, sebaliknya duit permainan.

Katanya, dia dan jawatankuasa menerima sampul berisi duit tersebut dari seseorang, namun tidak menyangka duit tersebut adalah permainan.

“Kami tidak perasan perkataan yang tertera pada duit kertas itu adalah wang mainan.

“Tidak mengapalah, hal sudah berlaku dan ini bukan rezeki kami,” katanya.

Subadri memberitahu, sudah lebih setahun jawatankuasa tersebut bersama penduduk setempat membangunkan masjid itu yang dianggarkan bernilai 240 juta rupiah (RM70,585).

Jelasnya, kesemua duit untuk pembangunan masjid tersebut diperoleh hasil sumbangan pelbagai pihak.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya