Israel lancar peluru berpandu ke pelabuhan Syria - Utusan Malaysia

Israel lancar peluru berpandu ke pelabuhan Syria

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

BEIRUT: Tentera Syria mendakwa pesawat perang Israel melepaskan beberapa peluru berpandu ke atas pelabuhan Latakia di Syria.

Serangan itu mengakibatkan beberapa kontena terbakar namun tidak menyebabkan kemalangan jiwa.

Memetik laporan agensi berita SANA, sumber tentera berkata, serangan itu berlaku kira-kira pukul 1.23 pagi (waktu tempatan).

Menurut pegawai, beberapa peluru berpandu dilancarkan menyasarkan tempat penyimpanan kontena di pelabuhan itu dan memusnahkan sebahagian daripadanya.

“Pasukan pertahanan udara kami mengecam pencerobohan dan serangan Israel di Latakia,” jelasnya.

Stesen televisyen tempatan Syria melaporkan lima letupan kedengaran di pelabuhan itu dan kebakaran besar berlaku di tempat penyimpanan kontena.

Jelas laporan itu, pasukan bomba bersama beberapa jentera pemadam api sampai ke pelabuhan itu. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya