Indonesia kesan kes Omicron pertama - Utusan Malaysia

Indonesia kesan kes Omicron pertama

A child receives the Sinovac Covid-19 vaccine at an elementary school in Jakarta on December 15, 2021, as part of a government programme to vaccinate children aged 6 to 11. (Photo by ADEK BERRY / AFP)
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

JAKARTA: Indonesia merekodkan kes pertama jangkitan Covid-19 melibatkan varian Omicron.

Menteri Kesihatan, Budi Gunadi Sadikin berkata, varian itu dijangkiti oleh seorang daripada petugas di Hospital Wisma Atlet yang tidak mempunyai sejarah perjalanan ke luar negara.

Katanya, tiada penularan dalam kalangan kemuniti setakat ini, namun terdapat lima lagi kes jangkitan yang disyaki melibatkan Omicron.

“Dua daripada lima kes itu melibatkan rakyat Indonesia yang baru pulang dari Amerika Syarikat (AS) dan Britain, manakala tiga lagi kes membabitkan warga China yang kini kuarantin di Manado, Sulawesi Utara.

“Pihak berkuasa kesihatan Indonesia ketika ini menunggu ujian genom untuk memastikan jenis varian kelima-lima jangkitan tersebut,” katanya.

Varian Omicron pertama kali dikesan di Afrika Selatan dan Hong Kong pada bulan lalu sebelum menular ke banyak negara termasuk Malaysia, Singapura, Thailand dan Filipina.

Beberapa kajian awal mendapati vaksin Covid-19 mungkin kurang berkesan mencegah jangkitan dan penularan varian Omicron, namun masih berupaya mengurangkan kadar kematian. – REUTERS

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN