Elon Musk ada kembar? - Utusan Malaysia

Elon Musk ada kembar?

TANGKAP layar video menunjukkan seorang lelaki di China mempunyai wajah mirip dengan Elon Musk. - AGENSI
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

BEIJING: Seorang lelaki di China didakwa sebagai ‘kembar’ Elon Musk berikutan wajahnya mirip dengan individu terkaya di dunia itu.

Menerusi video yang di muat naik dalam aplikasi Douyin, iaitu TikTik versi China, lelaki itu dilihat berdiri di sebelah kenderaan berwarna hitam sambil memandang kamera.

Video itu menjadi tular dan kebanyakan pengguna media sosial bersetuju wajah lelaki itu mirip dengan Musk.

Pengguna media sosial juga melabelkan lelaki itu sebagai ‘Elon Musk Asia’.

Namun, ada juga pengguna yang mendakwa video itu disunting bagi mempengaruhi orang ramai.

Sehingga kini, identiti lelaki tersebut dan kesahihan video berkenaan belum dikenal pasti.

Terdahulu, Musk dipilih sebagai ‘Person of the Year’ oleh majalah Time, namun dikritik hebat pelbagai pihak yang menyifatkannya sebagai pilihan terburuk pernah dilakukan.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya