Dua singa terlepas di Lapangan Terbang Changi - Utusan Malaysia

Dua singa terlepas di Lapangan Terbang Changi

DUA singa dilaporkan terlepas dari kurungan di kawasan kontena di Lapangan Terbang Antarabangsa Changi, Singapura. - AFP
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SINGAPURA: Lapangan Terbang Antarabangsa Changi kecoh semalam apabila dua ekor singa yang bakal dihantar ke luar negara terlepas dari kurungan, dengan seekor daripadanya dilihat memanjat sangkar.

Lapor The Straits Times, kejadian itu mencetuskan panik dalam kalangan pekerja di lapangan terbang tersebut dan keadaan berterusan sehingga dua singa berkenaan ditembak dengan ubat pelali.

Kedua-dua haiwan itu kini berada di bawah penjagaan Kumpulan Hidupan Liar Mandai (Mandai).

Ketika kejadian berlaku, syarikat penerbangan Singapura, Singapore Airlines (SIA) yang menguruskan penghantaran singa itu turut menghubungi pasukan veterinar untuk bantuan.

Asal dan lokasi singa itu bakal dihantar tidak dapat dipastikan, namun media tempatan melaporkan, terdapat tujuh singa akan dihantar menggunakan pesawat yang sama.

SIA menegaskan, biarpun dua singa berkenaan terlepas dari kurungan, haiwan itu masih berada dalam lingkungan jaringan keselamatan yang dipasang di sekeliling kontena.

Selain itu, kejadian tersebut tidak menjejaskan operasi pesawat dan SIA memaklumkan, insiden berkenaan akan disiasat segera.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya