Disangka rakam video kekasih makan, rupanya lihat profil wanita lain - Utusan Malaysia

Disangka rakam video kekasih makan, rupanya lihat profil wanita lain

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

JAKARTA: Video seorang lelaki yang sibuk melihat profil wanita cantik ketika kekasihnya menikmati makan malam di sebuah kedai mengundang pelbagai reaksi daripada pengguna media sosial.

Aksi melucukan itu sempat dirakam oleh seorang pengguna TikTok dengan nama @bukantukangspill dan ditonton lebih 1.4 juta orang.

Video itu menunjukkan lelaki tersebut leka melihat profil wanita lain dan kekasihnya menyangkakan teman lelakinya sedang merakam videonya makan.

Wanita itu kemudiannya dilihat cuba melarang teman lelakinya merakam videonya tanpa menyedari sangkaannya meleset.

Lelaki itu cuba menepis tangan teman wanitanya dan masih berpura-pura mahu merakam videonya.

Video tersebut mendapat pelbagai reaksi pengguna TikTok yang kebanyakannya menzahirkan rasa simpati kepada wanita itu.

‘Kasihan, disangka teman lelakinya merakam videonya, walhal tengah lihat profil wanita lain’, tulis seorang pengguna TiTok.

Ada juga yang berpandangan lelaki itu sebenarnya sedang melihat ‘galeri gambar dalam telefon’ dan mahu lebih berhati-hati ketika keluar bersama kekasih selepas ini supaya insiden serupa tidak berulang.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya