Covid-19: Indonesia mulakan vaksinasi kanak-kanak 6-11 tahun - Utusan Malaysia

Covid-19: Indonesia mulakan vaksinasi kanak-kanak 6-11 tahun

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

JAKARTA: Indonesia mula memberikan suntikan vaksin Covid-19 kepada golongan kanak-kanak berusia enam dan 11 tahun hari ini.

Langkah itu menjadikan Indonesia sebagai antara negara Asia Tenggara paling awal melaksanakan program vaksinasi Covid-19 kepada kanak-kanak.

Kerajaan Indonesia meluluskan penggunaan vaksin keluaran China iaitu Sinovac Biotech untuk golongan tersebut dan program itu menyasarkan kira-kira 26.5 juta kanak-kanak di seluruh negara.

Pegawai kanan Kementerian Kesihatan Indonesia, Maxi Rein berkata, hanya vaksin Sinovac yang diluluskan untuk kegunaan golongan kanak-kanak di negara ini.

“Langkah ini bertujuan mengukuhkan gelombang perlindungan dan imuniti kelompok,” katanya.

Sehingga kini, Indonesia merekodkan lebih 4.2 juta kes jangkitan Covid-19 melibatkan golongan berusia 0 hingga 18 tahun, sekali gus menyumbang sebanyak 13 peratus kepada jumlah keseluruhan jangkitan.

Dia Asia, China sudah memulakan program vaksinasi terhadap kanak-kanak berusia tiga tahun ke atas, diikuti Kemboja pada September lalu dan Singapura pula dijangka melakukan langkah sama sebelum hujung tahun ini.

Sebelum ini, Indonesia mencatatkan kes jangkitan yang kritikal sebelum keadaan kembali reda dengan kes harian menurun sehingga 400 sehari berbanding 40,000 pada Julai lalu.

Sebanyak 38 peratus daripada 270 juta populasi negara ini sudah menerima vaksinasi lengkap. – REUTERS

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN