Bayi lahir di sempadan India-Pakistan diberi nama `Border' - Utusan Malaysia

Bayi lahir di sempadan India-Pakistan diberi nama `Border’

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

ATTARI: Sepasang suami isteri warga Pakistan menyambut kelahiran anak mereka dengan nama yang cukup unik apabila memilih untuk menamakan bayi lelaki baharu dilahirkan sebagai Border.

Lapor India Today, pasangan itu dikenali sebagai Nimbu Bai dan Balam Ram dari daerah Rajanpur di wilayah Punjab.

Pasangan itu terkandas di sempadan Attari selama lebih dua bulan lalu bersama 97 warga Pakistan yang lain.

Menurut pasangan tersebut, bayi itu diberi nama demikian kerana dilahirkan di sempadan negara India-Pakistan.

Dilaporkan, Border lahir pada 2 Disember lalu.

“Ketika Nimbu Bai mahu bersalin, dia dibantu oleh beberapa wanita dari kampung berhampiran untuk melahirkan anaknya.

“Penduduk tempatan juga membantu mengaturkan kemudahan perubatan untuk bersalin,” jelas laporan itu.

Balam Ram berkata, dia bersama warga Pakistan lain yang mengunjungi India sebelum perintah berkurung, tidak dapat pulang ke rumah kerana tidak mempunyai dokumen mencukupi. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya.