fbpx

200 burung di Sepanyol maut ‘terjatuh’ dari langit

MADRID: Sebanyak 200 ekor burung dilaporkan ‘terjatuh’ dari langit di Ferrol, barat laut Sepanyol dalam fenomena yang memeranjatkan banyak pihak di negara ini.

Lapor Mirror, pihak berkuasa melancarkan siasatan bagi mengenal pasti punca sebenar kejadian.

Media tempatan melaporkan burung yang mati itu melanggar kereta dan orang awam di luar pekarangan Hospital Juan Cardona.

Bagaimanapun, kejadian itu tidak menyebabkan sebarang kecederaan.

Presiden persatuan penduduk tempatan, Mapi Rodriguez berkata, burung-burung itu dilihat keluar dari pokok di kawasan kecemasan hospital dan terbang beberapa meter sebelum terjunam ke jalan.

“Haiwan itu sudah dikutip dan dikumpulkan. Kami masih menunggu jawapan bagi mengenal pasti punca sebenar kejadian itu.

Daripada ratusan burung yang jatuh itu, dua daripadanya diambil oleh agensi alam sekitar untuk dianalisis.

Majlis Perbandaran Ferrol turut menyertai siasatan itu.

Peristiwa serupa berlaku awal tahun ini di kawasan berhampiran di Tarragona apabila ratusan burung jatuh dari langit akibat bahan kimia toksik yang dikeluarkan oleh loji petrokimia di kawasan itu.

BERITA BERKAITAN

Menarik di Kosmo!