Asyik berleter, marah suami mabuk wanita bakal dikenakan hukuman penjara setahun - Utusan Malaysia

Asyik berleter, marah suami mabuk wanita bakal dikenakan hukuman penjara setahun

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

JAKARTA: Pihak endakwa raya mencadangkan supaya seorang wanita berusia 45 tahun, dari Karawang, Jawa Barat dijatuhi hukuman penjara setahun kerana kerap berleter dan memarahi suaminya yang mabuk.

Pendakwa raya menyampaikan tuntutan tersebut dengan alasan tertuduh melakukan kekerasan dalam rumah tangga secara psikologi.

CNN Indonesia melaporkan, tuntutan itu dibacakan dalam sidang mahkamah di Pengadilan Negeri Karawang.

Pendakwa Raya, Glendy Rivano berkata, kes itu melibatkan Undang-Undang Nombor 23 Tahun 2004 Tentang Penghapusan Kekerasan Dalam Rumah Tangga.

Menurutnya, suami tertuduh mengaku diusir dan dimarahi dengan kata-kata kasar hingga psikologinya terganggu.

Bagaimanapun peguam bela tertuduh, Iwan Kurniawan berkata, pihaknya akan mendedahkan fakta perbicaraan dalam pengakuan atau pendengaran pembelaan, Khamis depan.

“Dalam fakta yang didedahkan oleh Pendakwa Raya, perlu dibuktikan apa jenis keganasan psikologi terhadap mangsa. Tentunya fakta sebenar akan kami ungkapkan dalam perbicaraan nanti,” katanya.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya