Wanita diarak satu pasar, pakai kertas ‘saya maling’ - Utusan Malaysia

Wanita diarak satu pasar, pakai kertas ‘saya maling’

TANGKAP layar video menunjukkan seorang wanita diarak keliling pasar sambil memakai plakad tertulis ‘saya pencuri’. - AGENSI
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

JAKARTA: Seorang wanita yang disyaki pencuri, diarak sekeliling pasar sambil memakai plakad yang tertulis ‘saya pencuri’.

Berdasarkan video yang tular dalam media sosial, wanita berbaju merah dan berseluar pendek itu dibawa mengelilingi kawasan pasar di Medan dengan kedua-dua tangannya diikat.

Di sebelah wanita itu, terdapat seorang lelaki berbaju putih yang mendesaknya supaya mengakui kesalahannya.

“Kau jangan nangis! Beritahu sahaja apa yang kau sudah lakukan, beritahu apa yang kau curi,” tengking lelaki tersebut.

Tidak lama selepas itu, wanita berkenaan mengaku salah dan menyesali perbuatannya.

“Saya mengaku salah. Saya pencuri, tolong maafkan saya,” ujar wanita itu sambil menangis.

Video itu mendapat reaksi pelbagai pihak dan kebanyakannya menzahirkan rasa simpati.

‘Jika benar wanita itu mencuri, lihat dulu latar belakangnya, mungkin dia benar-benar terdesak dan susah,’ tulis seorang pengguna media sosial.

Seorang lagi pengguna media sosial menulis ‘kenapa perlu hukum dia sebegitu? sepatutnya serahkan kepada pihak berkuasa’.

Menurut pengurusan pasar Medan, wanita itu didakwa mencuri beg tangan di sebuah kedai pada 5 November lalu.

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN