Pelakon Indonesia, Vanessa Angel dan suami maut kemalangan - Utusan Malaysia

Pelakon Indonesia, Vanessa Angel dan suami maut kemalangan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

JAKARTA: Pelakon wanita, Vanessa Angel dan suaminya, Bibi Andriansyah maut dalam kemalangan jalan raya di Tol Nganjuk menghala ke Surabaya, Jawa Timur.

Lapor Kompas.com, kejadian itu disahkan oleh Ketua Unit Komunikasi Korporat, Polis Jawa Timur, Gatot Repli Handoko.

Gatot berkata, mangsa menaiki kenderaan dengan nombor plat B1264BJU yang mempunyai seramai lima penumpang.

“Penumpang lima orang. Dua orang meninggal dunia dan tiga orang mengalami kecederaan.

“Penumpang yang meninggal dunia ialah Febri Andriansyah dan Vanessa Adzania dengan alamat Jalan Diamond 1/71, Srengseng, Jakarta Barat,” katanya.

Sebelum kejadian, Vanessa sempat memuat naik Instagram Story mengenai anaknya ketika berada di dalam kereta tersebut.

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya