UAE luluskan Pfizer untuk kanak-kanak 5-11 tahun - Utusan Malaysia

UAE luluskan Pfizer untuk kanak-kanak 5-11 tahun

Dos penggalak akan tingkatkan imuniti badan penerima tetapi tidak menjadikan mereka kebal daripada Covid-19. SOP mesti terus dipatuhi. - Gambar hiasan
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

DUBAI: Emiriah Arab Bersatu (UAE) menjadi satu lagi negara yang meluluskan penggunaan vaksin Covid-19 keluaran Pfizer untuk golongan kanak-kanak berusia lima hingga 11 tahun.

Terdahulu, kerajaan UAE meluluskan penggunaan vaksin keluaran Sinopharm untuk kanak-kanak berusia tiga hingga 17 tahun, manakala Pfizer hanya untuk golongan berusia atas 12 tahun.

Kementerian Kesihatan UAE dalam kenyataan memaklumkan, hasil ujian klinikal menunjukkan vaksin Pfizer selamat digunakan untuk kanak-kanak lima hingga 11 tahun.

Selain itu, golongan yang mempunyai penyakit kronik dan sebelum ini menerima vaksin Pfizer atau Sputnik boleh mendapatkan dos penggalak.

Sebelum ini, pihak berkuasa kesihatan negara ini hanya memberikan dos penggalak kepada mereka yang lengkap divaksin dengan vaksin Sinopharm. – REUTERS

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya