Tiga maut ditembak pasang muzik masa majlis kahwin - Utusan Malaysia

Tiga maut ditembak pasang muzik masa majlis kahwin

BEBERAPA mangsa yang mengalami kecederaan akibat serangan itu dihantar ke Hospital Nangarhar.-AFP
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KABUL: Sekumpulan lelaki bersenjata yang mahu muzik yang dipasang semasa majlis perkahwinan dihentikan bertindak melepaskan tembakan sehingga menyebabkan tiga orang terbunuh.

Jurucakap Kerajaan Taliban, Zabihullah Mujahid berkata, dua daripada tiga penyerang itu ditangkap dan pihaknya menafikan mereka adalah anggota Taliban.

“Seramai tiga suspek memperkenalkan diri mereka sebagai anggota Taliban yang memasuki kawasan majlis perkahwinan di Haji Malang Jan di kampung Shamspur Mar Ghundi di Nangarhar, malam Sabtu lalu.

“Akibat kejadian tembakan itu, sekurang-kurangnya tiga orang terbunuh dan beberapa yang lain mengalami kecederaan. Kita masih memburu seorang lagi suspek yang terlibat dalam serangan itu.

“Suspek yang diberkas menggunakan nama Emiriah Islam demi agenda peribadi mereka dan akan dihadapkan dengan undang-undang syariah,” katanya.

Jurucakap Kerajaan taliban di wilayah Nangarhar, Qazi Mullah Adel mengesahkan insiden tersebut, namun tidak memberikan sebarang penjelasan.

Saksi berkata, ketika kejadian beberapa lelaki sedang bermain alat muzik dalam bilik berlainan sebelum didatangi penyerang yang melepaskan tembakan.

Muzik diharamkan kali terakhir semasa Taliban mentadbir Afghanistan sebelum kedatangan tentera Amerika Syarikat di negara itu.-AFP

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya