Thailand rancang buka semula sempadan kepada pekerja asing - Utusan Malaysia

Thailand rancang buka semula sempadan kepada pekerja asing

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

BANGKOK: Thailand merancang membuka semula sempadan negaranya kepada pekerja dari Myanmar, Kemboja dan Laos.

Langkah itu dibuat bagi mengatasi masalah kekurangan tenaga buruh yang menjejaskan eksport dan ekonomi negara yang bergantung kepada sektor pelancongan.

Seorang pegawai dari Kementerian Buruh, Pairote Chotikasathein berkata, peraturan berkaitan status vaksinasi untuk pekerja asing, prosedur kuarantin dan ujian saringan Covid-19 akan diputuskan dalam masa terdekat.

Industri pengeksport besar Thailand seperti pengeluaran makanan dan getah banyak bergantung pada buruh asing.

Namun, kawalan sempadan yang ketat dan peraturan kuarantin dilihat hampir menghentikan penghijrahan buruh asing.

Sementara itu, Pairote menganggarkan Thailand memerlukan kira-kira 420,000 pekerja asing dalam industri pembinaan, pembuatan dan makanan laut.

Ramai pekerja asing meninggalkan negara itu ketika Thailand menangani pandemik Covid-19 yang teruk awal tahun ini.

Sebahagian pekerja asing yang berada di negara itu ditempatkan dalam dasar bubble and seal di bawah skim kuarantin kilang dan pembinaan. – REUTERS

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya