Syarikat tawar RM848,130 untuk guna wajah pada robot - Utusan Malaysia

Syarikat tawar RM848,130 untuk guna wajah pada robot

PROMOBOT sedang mencari wajah individu yang kelihatan mesra untuk robot humanoid yang akan dibangunkan syarikat itu. - PROMOBOT  
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

NEW YORK: Sebuah syarikat menghasilkan robot dilaporkan sedang mencari individu yang sanggup `meminjamkan wajah’ mereka bagi robot humanoid yang akan dibangunkan kelak. 

Lapor Daily Mail, robot humanoid yang bakal memaparkan wajah individu berkenaan, akan digunakan di hotel, pusat beli-belah dan lapangan terbang di beberapa negara di Amerika dan Asia Barat mulai tahun 2023.

Firma Promobot menawarkan wang sebanyak AS$200,000 (RM848,130) kepada sukarelawan yang sanggup memberi hak menggunakan wajah mereka untuk selama-lamanya.

Promobot yang berpangkalan di New York terkenal dengan penghasilan robot humanoid yang sangat realistik.

Robot yang dikeluarkan oleh syarikat itu digunakan di 43 negara.

Ia digunakan untuk pelbagai peranan kerja termasuk pentadbir, promoter, perunding dan concierge.

“Syarikat kami sedang membangunkan teknologi dalam bidang pengecaman muka, pertuturan, navigasi autonomi, kecerdasan buatan dan robotik yang lain.

“Pelanggan baharu kami mahu melancarkan sebuah projek besar dan untuk ini mereka perlu melesenkan penampilan robot baharu bagi mengelakkan sebarang penangguhan dari segi undang-undang,” jelas syarikat itu. 

Dalam kempen terbaharunya, firma itu sedang mencari individu yang memiliki wajah kelihatan `baik dan mesra’ untuk diguna pakai pada pembantu robot humanoid.

Ia terbuka kepada semua orang tanpa mengira jantina dan umur. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya