Setahun berkurung dalam rumah, bila keluar tikam mati lima jiran - Utusan Malaysia

Setahun berkurung dalam rumah, bila keluar tikam mati lima jiran

SUSPEK ditahan polis dan bakal menjalani pemeriksaan kesihatan mental. - AGENSI
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

OGAN KOMERING ULU: Selepas setahun mengasingkan diri dari orang ramai dan berkurung di dalam rumah, seorang lelaki menikam mati lima jirannya dalam satu kejadian, di sini kelmarin.

Suspek yang dikenali sebagai Otori Effendi, 25, ditahan polis selepas menikam lima mangsa tersebut.

Menurut polis, Otori pada mulanya keluar dari rumah menggunakan motosikal dan singgah di sebuah gerai untuk makan.

Di gerai tersebut, suspek bertemu dengan mangsa pertama dan terus menikamnya menggunakan pisau sehingga mangsa tersungkur lalu mati.

Situasi itu menyebabkan orang ramai di gerai tersebut panik sehingga mangsa kedua yang melintasi gerai itu untuk melihat apa yang berlaku turut ditikam suspek.

Selepas itu, suspek melarikan diri ke arah sebuah telaga dan di sana, dia menikam mangsa ketiga yang merupakan seorang wanita yang sedang mengambil air.

Suami mangsa yang terkejut dengan kejadian itu cuba membantu isterinya, namun dia turut ditikam suspek.

Mangsa terakhir ditikam suspek ketika dia keluar dari rumah untuk melihat kekecohan yang berlaku.

Jurucakap polis, Mardi Nursal berkata, suspek pulang ke rumah selepas insiden itu dan tidak melawan ketika ditahan polis.

“Suspek dibawa ke hospital mental untuk diperiksa bagi mengenal pasti jika dia mempunyai masalah kesihatan mental dan polis akan meneruskan siasatan,” katanya.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya