BANTEN: Seramai empat ahli keluarga maut dalam kebakaran di sebuah kediaman di Perumahan Metland Puri Cipondoh, Kota Tangerang.
Lapor Tribunnews, mangsa yang maut merupakan pasangan suami isteri, Johan, 35, Elvina, 31, Jason, 5 dan warga emas, Siti Agus, 60.
Siti Agus merupakan ibu kepada Elvina dan tinggal di rumah tersebut.
Pihak polis memaklumkan selepas api berjaya dipadamkan, kesemua mangsa ditemukan di sudut berbeza di dalam rumah itu.
Mangsa kanak-kanak ditemukan di depan pintu masuk rumah tersebut dan berkemungkinan dia berusaha keluar dari rumah, namun tidak berjaya akibat api semakin marak.
Elvina yang sedang mengandungkan anak empat bulan dan ibunya ditemukan di bilik tingkat satu, manakala, Johan ditemukan di depan blik mandi di tingkat dua.
Kesemua mangsa ditemukan dalam keadaan tubuh hangus terbakar.
“Semua mayat sudah hangus kehitaman dan kita hanya mampu melihat bentuk tubuh mangsa sahaja.
“Keempat-empat mangsa dibawa ke Hospital Umum Daerah Tangerang,” jelasnya.