Sanggup jadi mangsa keganasan rumah tangga demi suami kacak - Utusan Malaysia

Sanggup jadi mangsa keganasan rumah tangga demi suami kacak

LI tidak sanggup menceraikan suaminya kerana lelaki itu terlalu kacak. - CHINAPRESS
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

BEIJING: Seorang wanita berusia 23 tahun di Hunan, China mengakui tidak sanggup menceraikan suaminya meskipun menjadi mangsa keganasan rumah tangga hanya kerana pasangannya disifatkan ‘terlalu tampan’.

Lapor Chinapress.com, wanita dikenali sebagai Li menjadi mangsa dera suaminya dan ditemukan menangis di tepi jalan oleh orang ramai, baru-baru ini.

Dilaporkan, rumah tangga mereka sudah bermasalah dan Li sering dipukul oleh suaminya sejak tiga tahun lalu. 

Menurut Li, pada mulanya, dia bertemu dengan suaminya melalui seorang kenalan kepada rakannya.

Katanya, mereka berdua tertarik dengan penampilan masing-masing dalam pertemuan kali pertama sebelum berkahwin dua bulan kemudian dan sering bertengkar.

“Pada mulanya, kami hanya melemparkan kata-kata kesat antara satu sama lain tetapi saya tidak menyangka lama-kelamaan dia berani naik tangan pada saya,” katanya.  

Li beritahu, saudara mara dan ramai rakannya pernah menasihatinya untuk bercerai namun dia tidak sanggup melepaskan pasangannya.

“Antara sebabnya adalah kerana suami saya merupakan cinta pertama, jadi saya tidak mahu berputus asa dengan rumah tangga saya.

“Selain itu, suami saya terlalu tampan dan jika saya bercerai dengannya, susah untuk mencari lelaki kacak selepas ini,” katanya. – AGENSI  

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya