Suhu di Rantau Asia Barat boleh cecah 60 darjah Celsius - Utusan Malaysia

Suhu di Rantau Asia Barat boleh cecah 60 darjah Celsius

BEBERAPA kawasan di rantau MENA bakal mencecah suhu sehingga 60 darjah Celsius. – AFP
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

LONDON: Perubahan iklim bakal menyebabkan beberapa kawasan tidak boleh didiami di rantau Asia Barat dan Afrika Utara (MENA) yang mencecah suhu sehingga 60 darjah Celsius atau lebih tinggi dalam tempoh beberapa dekad akan datang.

Kesan perubahan iklim di seluruh rantau MENA akan menjadi lebih buruk sehingga menyebabkan krisis air yang kronik, ketidakmampuan untuk menanam makanan kerana cuaca panas melampau sehingga mengakibatkan kemarau serta lonjakan kes kematian dan masalah kesihatan berkaitan haba.

Satu kajian baharu dalam Jurnal Nature mendedahkan kira-kira 600 juta penduduk atau 50 peratus daripada penduduk di rantau MENA berkemungkinan terdedah kepada fenomena cuaca panas melampau menjelang 2100, sekiranya kadar unjuran semasa gas rumah hijau kekal.

Keadaan itu bakal berlanjutan selama beberapa minggu serta berbulan-bulan.

Malah, kajian itu menyatakan keadaan cuaca panas terik juga berpotensi mengancam nyawa manusia.

“Kami menjangka suhu maksimum ketika gelombang panas ini di beberapa pusat bandar dan kota besar di rantau MENA boleh mencecah atau melebihi 60 darjah Celsius,” jelas pasukan saintis.

Pusat bandar di sekitar Teluk, Laut Arab dan Laut Merah seperti Dubai, Abu Dhabi, Doha, Dhahran
dan Abbas akan mengalami suhu panas terik lebih kerap. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya