Rakyat Belanda merusuh, baling batu ke arah polis - Utusan Malaysia

Rakyat Belanda merusuh, baling batu ke arah polis

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

ROTTERDAM: Polis Belanda melepaskan tembakan dan menyebabkan kecederaan terhadap dua individu selepas rusuhan menentang langkah sekatan Covid-19 di Rotterdam.

Lapor BBC, peserta protes bertindak membaling batu dan mercun sehingga menyebabkan kereta polis terbakar.

Seramai tujuh peserta protes mengalami kecederaan dan 20 yang lain diberkas.

Pihak polis turut melepaskan tembakan amaran kerana situasi tegang itu boleh mengancam keselamatan.

Ratusan peserta protes berkumpul dan menyatakan kemarahan terhadap rancangan pihak kerajaan supaya penduduk mempunyai pas vaksin serta larangan mengadakan sambutan bunga api semasa sambutan tahun baharu.

Belanda melaksanakan perintah berkurung separuh selama tiga minggu susulan peningkatan kes jangkitan.

Bandar itu diisytiharkan darurat dan stesen kereta api utama turut ditutup ekoran keganasan yang berlaku.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya