Protes Covid-19 di Eropah belum reda - Utusan Malaysia

Protes Covid-19 di Eropah belum reda

PENUNJUK perasaan membakar suar semasa protes bantah sekatan Covid-19 di Brussels, Belgium.- AFP
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

BRUSSELS: Situasi tegang di Eropah akibat bantahan terhadap sekatan Covid-19 masih belum reda apabila sejumlah protes baharu dilaporkan berlaku di beberapa bandar utama.

Polis dan penunjuk perasaan bertempur di Brussels, di beberapa bandar di Belanda dan wilayah Guadalope di Perancis.

Protes ganas juga terus berlaku di Austria ketika negara itu memulakan perintah berkurung bagi mengawal penularan Covid-19 dan mewajibkan suntikan vaksin.

Di Brussels, lebih 35,000 penunjuk perasaan menyertai protes membantah sekatan Covid-19 dengan kebanyakannya tidak puas hati apabila golongan belum divaksin tidak dibenarkan memasuki premis penting.

Protes itu pada mukanya berlangsung aman sebelum bertukar ganas sehingga memaksa polis menyembur meriam air dan gas pemedih mata bagi meredakan keadaan.

Di Belanda, beberapa bandar terus bergolak apabila tunjuk perasaan yang sudah masuk hari ketiga terus berlaku.

Penunjuk perasaan membakar bunga api dan merosakkan harta benda awam di bandar Groningen, Leeuwarden, Tilburg dan Enschede.

Seramai 6,000 orang berkumpul di bandar Linz, Austria bagi meneruskan bantahan terhadap sekatan Covid-19 yang dilaksanakan, manakala tentera dikerahkan ke Guadeloupe untuk mengawal keadaan. – AFP

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya