Polis Israel tembak mati remaja 16 tahun - Utusan Malaysia

Polis Israel tembak mati remaja 16 tahun

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

BAITULMUQADDIS: Pasukan keselamatan Israel menembak mati seorang remaja Palestin berusia 16 tahun selepas didapati menikam dan mencederakan dua anggota polis di Kota Lama Baitulmaqdis.

Menurut polis, anggota tersebut mengalami kecederaan ringan dalam serangan dilakukan remaja tersebut berhampiran sebuah sekolah agama Yahudi.

Pasukan kecemasan memaklumkan serangan itu berlaku di kawasan penduduk Islam.

Jelasnya, mereka yang cedera masing-masing terdiri daripada seorang lelaki dan wanita dan dibawa ke hospital untuk mendapatkan rawatan.

Jurucakap polis mengesahkan remaja tersebut sudah dibunuh.

Seorang jurugambar AFP memberitahu pertempuran antara penduduk Palestin dan pihak berkuasa Israel tercetus di kawasan perumahan Issawiya.

Katanya, remaja tersebut berasal dari kawasan kejiranan itu.

Polis dalam satu kenyataan memaklumkan beberapa orang ditahan dan disoal siasat kerana disyaki mempunyai kaitan dengan remaja tersebut. – AFP

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya