PM Iraq terselamat daripada cubaan bunuh - Utusan Malaysia

PM Iraq terselamat daripada cubaan bunuh

MUSTAFA AL-KHADIMI
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

BAGHDAD: Perdana Menteri Iraq, Mustafa al-Khadimi memaklumkan beliau terselamat dan tidak mengalami sebarang kecederaan dalam serangan cubaan bunuh yang menggunakan bahan letupan.

Menurut pihak berkuasa negara ini, kediaman Mustafa menjadi sasaran dron yang dilengkapi dengan bahan letupan dan disifatkan sebagai serangan cubaan bunuh.

Media tempatan sebelum ini melaporkan, pemimpin itu dibawa ke hospital bagi mendapatkan rawatan.

Menerusi Twitter, Mustafa menggesa agar orang ramai kekal tenang dan tidak melakukan sebarang tindakan yang boleh mencetuskan kekecohan demi kestabilan Iraq.

Sekurang-kurangnya enam pagawai di kediaman Mustafa dilaporkan cedera dalam serangan tersebut.

Sehingga kini, tiada mana-mana pihak tampil mengaku bertanggungjawab melakukan serangan itu.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya