Perancis selamatkan lebih 200 pendatang asing - Utusan Malaysia

Perancis selamatkan lebih 200 pendatang asing

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

LILLE: Lebih 200 pendatang asing yang menaiki bot berjaya diselamatkan ketika cuba menyeberangi Selat Inggeris untuk sampai ke Britain.

Pihak berkuasa Perancis dalam kenyataan memaklumkan sebanyak tujuh operasi berasingan dilakukan antara Isnin dan petang semalam.

Katanya, dalam operasi tersebut, seramai 210 pendatang asing termasuk empat wanita dan seorang kanak-kanak diselamatkan dibawa pulang ke pantai utara Perancis selepas bot dinaiki mereka mengalami masalah.

“Mereka dibawa pulang ke Calais, Dunkirk atau Boulogne dan dijaga oleh polis sempadan, malah dalam beberapa kes dibantu oleh anggota bomba dan perkhidmatan perubatan kecemasan maritim,” jelas kenyataan itu.

Dilaporkan, sejak akhir 2018, terdapat peningkatan jumlah pendatang asing yang cuba menyeberang ke Britain melalui laluan laut.

Situasi itu berlaku walaupun pihak berkuasa memberi amaran mengenai bahaya di laluan perkapalan yang sibuk itu selain arus yang kuat serta suhu rendah. – AFP

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN