Penumpang Australia akan saman Qatar akibat pemeriksaan 'keterlaluan' - Utusan Malaysia

Penumpang Australia akan saman Qatar akibat pemeriksaan ‘keterlaluan’

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SYDNEY: Sekumpulan wanita akan memfailkan saman terhadap pihak berkuasa Qatar selepas menjalani pemeriksaan sakit puan atau ginekologi ‘keterlaluan di Lapangan Terbang Doha.

Peguam yang mewakili mereka berkata, tuntutan saman itu dibuat bagi menuntut ganti rugi atas pengalaman yang mencetuskan kecaman global.

Damian Sturzaker dari firma Marque Lawyers yang berpangkalan di Sydney berkata, tujuh penumpang terbabit kini merancang mengambil tindakan undang-undang sebagai menghantar mesej kepada pihak berkuasa Qatar supaya tidak melayan wanita dengan cara sedemikian.

Jelasnya, kumpulan wanita tersebut menuntut permohonan maaf secara rasmi, pampasan dan jaminan perlindungan ke atas penumpang yang transit di lapangan terbang.

Tuntutan saman akan difailkan di Australia terhadap Pihak Berkuasa Penerbangan Awam Qatar, Lapangan Terbang Antarabangsa Hamad, Qatar Airways dan kerajaan negara itu dalam masa beberapa minggu lagi.

Wanita itu menaiki penerbangan Qatar Airways dari Doha, termasuk 13 warga Australia menjalani pemeriksaan akhir tahun lalu ketika pihak berkuasa mengesan ibu kepada bayi yang baru lahir ditinggalkan di bilik air lapangan terbang itu.

Insiden itu mencetuskan kebimbangan mengenai layanan Qatar terhadap wanita ketika negara teluk itu bersiap sedia menerima ribuan pelawat asing bagi Piala Dunia 2022.

Qatar adalah sebuah negara Islam yang mengenakan hukuman penjara kepada mana-mana individu yang melahirkan anak luar nikah.

Akibat insiden itu, reputasi Qatar sedikit tercalar dan negara itu kini berikrar akan menjamin keselamatan penumpang pada masa depan.-AFP

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN