Pengembara VTL darat Singapura-Malaysia diwajibkan jalani ujian ART - Utusan Malaysia

Pengembara VTL darat Singapura-Malaysia diwajibkan jalani ujian ART

SEMUA pengembara VTL darat yang ingin masuk ke Singapura dari Malaysia diwajibkan jalani ujian ART. - AFP
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SINGAPURA: Semua pengembara yang memasuki Singapura dari Malaysia menerusi Laluan Perjalanan Lengkap Vaksin (VTL) darat diwajibkan menjalani Ujian Rapid Antigen (ART).

Menurut Kementerian Perdagangan dan Industri Singapura (MTI) semalam, langkah itu diperlukan selepas penemuan varian baharu Covid-19 yang dikenali sebagai Omicron.

Peraturan baharu itu akan dikuatkuasakan bermula pukul 8 pagi waktu tempatan hari ini melibatkan ketibaan fasa pertama yang menggunakan VTL darat.

Ujian tersebut akan dilakukan di Stesen Pertukaran Bas Sementara Woodlands dan Terminal Queen Street.

Semua pengembara yang tiba di kedua-dua tempat itu perlu membuat bayaran secara dalam talian bagi melakukan ujian ART.

Menurut MTI, ujian ART itu membolehkan pihak berkuasa kesihatan republik ini mengurangkan risiko penularan varian B.1.1.529, selain melancarkan pelaksanaan VTL darat di antara kedua-dua negara.

“Semua pengembara perlu membeli tiket bas dan memastikan dokumen yang diperlukan sudah disediakan sebelum menaiki bas yang di khaskan untuk perjalanan VTL darat,” jelas kementerian itu.

Di bawah VTL darat, terdapat sebanyak 32 perjalanan bas setiap hari bagi kedua-dua negara.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya