Penduduk terkejut lihat mayat lelaki tergantung di pokok - Utusan Malaysia

Penduduk terkejut lihat mayat lelaki tergantung di pokok

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

JAKARTA: Seorang penduduk di Kalideres, Jakarta Barat yang hendak membeli sayur terkejut selepas terlihat mayat seorang lelaki tergantung di atas pokok di Jalan Asalam, hari ini.

Lapor Kompas.com, kejadian tersebut berlaku pada pukul 6 pagi tadi waktu tempatan.

IR, 23, berkata, ketika itu dia hendak membeli sayur di kawasan kebun dan memilih jalan yang jarang dilalui penduduk.

“Saya jarang lalu sini melainkan kalau ada keperluan.

“Semasa tiba di kawasan itu, saya dapati penjual itu tiada di gerainya sebelum terlihat susuk tubuh tergantung di sebatang pokok.

“Saya kemudian terus melaporkan perkara itu kepada jiran terdekat,” katanya.

Menurut IR, jenazah ditemukan dalam keadaan berpakaian lengkap berwarna gelap.

Selain itu, terdapat kesan luka pada wajah mangsa.

Katanya, pokok tempat mangsa tergantung adalah sukar dipanjat kerana besar dan licin.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN