Pemandu e-hailing samun penumpang gara-gara tunjuk iPhone 12 - Utusan Malaysia

Pemandu e-hailing samun penumpang gara-gara tunjuk iPhone 12

SUSPEK (baju oren) dan mangsa ketika menghadiri sidang akhbar polis di Medan, Sumatera Utara. - AGENSI
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

MEDAN: Seorang pemandu perkhidmatan e-hailing nekad menyamum penumpangnya selepas melihat mangsa menggunakan telefon pintar iPhone 12.

Kejadian itu berlaku di Medan, Sumatera Utara, ketika pemandu tersebut mengambil mangsa di rumahnya untuk pergi sebuah pusat beli belah di sini.

Ketika dalam perjalanan, pemandu berkenaan memberhentikan kenderaan dan menyamun mangsa sebelum mengikat dan memasukkannya ke dalam ruang simpanan kereta.

Selepas itu, suspek meneruskan perjalanan dan mangsa berjaya melepaskan diri dengan terjun dari kenderaan tersebut sebelum dia dibantu penduduk setempat membuat laporan polis.

Tidak lama kemudian, suspek ditahan di rumahnya dan polis turut menemukan barangan milik mangsa.

Ketika disoal siasat, suspek memberitahu polis, dia menyamun mangsa selepas ternampak wanita itu menggunakan telefon mahal, selain faktor desakan ekonomi.

Jika disabit kesalahan, suspek boleh dipenjara sehingga sembilan tahun.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya