Pelajar sekolah dirogol 17 lelaki selama empat hari - Utusan Malaysia

Pelajar sekolah dirogol 17 lelaki selama empat hari

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KAZAKHSTAN: Seorang pelajar sekolah di Kazakhstan dirogol 17 lelaki selama empat hari beturut-turut selepas dia tidak sedarkan diri semasa menaiki teksi.

The Sun melaporkan, mangsa berusia 17 tahun mengaku dirogol di sebatang sungai di selatan negara itu.

Katanya, dia diculik oleh pemandu teksi selepas membeli-belah di pasar raya di Saryagash.

Semasa dalam perjalanan pulang, tiba-tiba pemandu teksi itu melalui jalan berbeza.

Kejadian itu menyebabkan dia menjerit ketakutan dan menangis.

Pemandu teksi itu kemudian memberikan dia sebotol air minuman.

Mangsa pengsan selepas minum beberapa kali air tersebut.

“Semasa sedar, saya terkejut berada di tepi sungai dalam keadaan terbaring di tanah dengan ditelanjangkan serta dikelilingi beberapa lelaki.

“Mereka merogol saya di sungai dan membawa ke rumah. Kemudian, mereka merogol lagi sekali dan mengajak kawan-kawan yang lain dengan berkata ‘mari sini, kita ada budak perempuan’,” luahnya.

Menurut mangsa, dia mengaku dirogol berulang kali oleh lelaki berbeza di dalam bilik rumah tersebut.

“Mereka pukul saya dan mengugut akan melemaskan saya di dalam sungai ketika saya cuba melawan,” katanya.

Selepas empat hari berlalu, suspek akhirnya membebaskan mangsa.

Mangsa kemudian melaporkan jenayah tersebut kepada ibu bapanya.

Namun, sehingga sekarang tiada mana-mana individu ditangkap oleh pihak polis walaupun kes tersebut sudah disiasat sejak lima bulan lalu.

Jurucakap polis Turkestan, Saltanat Karakozova berkata, siasatan agak terganggu selepas ibu mangsa memusnahkan bahan bukti penting seperti baju yang dipakai mangsa.

Difahamkan, ibu mangsa membakar pakaian anaknya kerana mahu menghilangkan kenangan pahit dalam hidup mereka sekeluarga.

Media tempatan melaporkan keluarga mangsa disogok dengan wang RM77,000 daripada perogol tersebut.

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya