Pasangan Israel yang didakwa mengintip Presiden Turki dibebaskan - Utusan Malaysia

Pasangan Israel yang didakwa mengintip Presiden Turki dibebaskan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

BAITULMUQADDIS: Pasangan dari Israel yang ditahan di Turki selama seminggu kerana didakwa melakukan pengintipan dibebaskan hari ini.

Mordi dan Natali Oknin ditahan di Istanbul pada minggu lalu selepas melawat Menara Camlica yang baru dibuka dan merupakan bangunan tertinggi di Turki.

Sebuah mahkamah di Istanbul mendakwa mereka ‘melakukan pengintipan untuk politik dan ketenteraan’ selepas mengambil gambar kediaman Presiden Turki, Recep Tayyip Erdogan.

Pasangan itu menafikan dakwaan tersebut, manakala Menteri Luar Israel, Yair Lapid menegaskan mereka tidak berkhidmat dengan mana-mana agensi perisikan.

“Selepas mengadakan rundingan dengan kerajaan Turki, pasangan itu dibebaskan dari penjara dan dalam perjalanan pulang ke Israel,” menurut kenyataan yang dikeluarkan oleh pejabat Perdana Menteri Naftali Bennett.

Ketibaan pasangan itu di Israel disambut orang ramai yang berhimpun di bandar Modiin.

Sementara itu, Bennett mengucapkan terima kasih kepada kerajaan Turki atas kerjasama yang diberikan.

Hubungan Turki dan Israel terus tegang selepas Istanbul lantang mengutuk tindakan tentera Zionis yang menindas penduduk Palestin. – AFP

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya