Pakar buntu angsa keluarkan kuning telur berwarna hitam - Utusan Malaysia

Pakar buntu angsa keluarkan kuning telur berwarna hitam

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

ZHEJIANG: Beberapa gambar dan video yang menunjukkan telur angsa dengan bahagian kuningnya berwarna hitam mencetuskan perdebatan dan kekeliruan dalam kalangan penduduk di China.

Gambar tersebut dikongsikan dalam media sosial di negara ini dan banyak pengguna tertanya-tanya mengapa kuning telur yang dihasilkan berwarna hitam.

Gambar itu dimuat naik oleh seorang lelaki yang mendakwa angsa milik rakannya mengeluarkan telur berbeza daripada kebiasaan.

Menerusi video, lelaki itu memaklumkan, sejumlah telur yang dikeluarkan oleh angsa rakannya itu mempunyai bau dan tekstur yang sama seperti telur lain.

Apa yang membezakannya adalah bahagian kuning yang berwarna hitam atau kelabu pekat.

Hantaran itu mendapat pelbagai reaksi daripada banyak pengguna media sosial sehingga melibatkan golongan pakar.

Ada yang berpendapat angsa itu termakan dakwat berwarna hitam sehingga mengeluarkan telur yang unik.

Selain itu, ada pengguna mendakwa kuning telur itu bertukar hitam kerana angsa gemar makan bah mulberi yang berwarna merah gelap seakan-akan hitam.

Katanya, buah mulberi mempunyai kandungan melanin yang tinggi dan jika dimakan dalam kuantiti banyak, boleh menyebabkan telur angsa berubah warna.

Sementara itu, pakar penternakan China pula berpandangan, keadaan itu berlaku mungkin disebabkan oleh pencemaran, namun tidak memberikan penjelasan yang khusus.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya