Omicron boleh cetuskan risiko tinggi di seluruh dunia - WHO - Utusan Malaysia

Omicron boleh cetuskan risiko tinggi di seluruh dunia – WHO

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

GENEVA: Varian baharu Covid-19, Omicron boleh menular di seluruh dunia, sekali gus mencetuskan risiko tinggi dan menyebabkan kesan teruk terhadap beberapa negara, wilayah dan tempat.

Menurut Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO), semua negara digalakkan merancang pelan pencegahan atau pengawalan jangkitan bagi mengelak keadaan bertambah buruk susulan pandemik Covid-19 yang melanda seluruh dunia ketika ini.

“Varian Omicron boleh menimbulkan risiko dunia yang sangat tinggi,” jelas pertubuhan tersebut.

Sehingga kini, tiada kes kematian dikaitkan dengan Omicron dan penyelidikan teliti perlu dilakukan segera bagi mengenal pasti kesan varian berkenaan.

Tegas WHO, negara yang merekodkan kadar vaksinasi Covid-19 rendah paling berisiko diancam Omicron.

Dalam garis panduan yang diberikan, WHO menyarankan supaya semua negara terus mematuhi peraturan Covid-19, terutamanya pemakaian pelitup muka dan menjaga jarak fizikal.

Sementara itu, lebih banyak data mengenai varian baharu itu dijangka diperoleh dalam beberapa minggu akan datang. – REUTERS

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya