MP New Zealand kayuh basikal ke hospital untuk lahirkan anak - Utusan Malaysia

MP New Zealand kayuh basikal ke hospital untuk lahirkan anak

JULIE Anne Genter mengayuh basikal ke hospital bagi melahirkan anak keduanya. - AGENSI
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

AUCKLAND: Seorang ahli Parlimen New Zealand, Julie Anne Genter menunggang basikal pada awal pagi semalam untuk pergi ke hospital bagi melahirkan anaknya.

Ketika menaiki basikal, Genter sudah pun dalam fasa kelahiran dan bayinya dilahirkan sejam selepas beliau tiba di hospital.

Berita kelahiran itu diumumkan oleh Genter menerusi Facebook beberapa jam kemudian.

“Pada pukul 3.04 pagi, kami menyambut kelahiran ahli keluarga baharu. Saya tidak merancang mengayuh basikal untuk melahirkan anak, namun semuanya sudah berlaku.

“Kontraksi yang saya alami tidak berapa kuat dan keadaan itu membolehkan saya mengayuh basikal sehingga ke hospital,” tulis Genter.

Ini merupakan kali kedua Genter mengayuh basikal ke hospital untuk melahirkan anaknya.

Negara dengan populasi seramai lima juta itu terkenal dengan sikap rendah diri oleh sejumlah ahli politiknya.

Perdana Menteri Jacinda Ardern sebelum ini tetap masuk ke pejabat biarpun beliau masih dalam cuti bersalin, selain membawa bayinya yang ketika itu berusia tiga bulan ke mesyuarat Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB).

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya