Mati ketika cuba pecah rumah - Utusan Malaysia

Mati ketika cuba pecah rumah

SATU mayat reput yang disyaki pencuri ditemukan di rumah kosong di Pamekasan, Madura. - AGENSI
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PAMEKASAN: Satu mayat reput ditemukan di dalam sebuah rumah kosong, di sini kelmarin.

Menurut pihak berkuasa, mayat lelaki itu dipercayai sudah meninggal dunia lebih dari sebulan.

Mayat itu ditemukan di rumah milik Dwi Woyono di Pamekasan, Madura pada pukul 10.15 pagi waktu tempatan.

Ketika ditemukan, mayat itu dalam keadaan separuh duduk dan bersandar pada dinding tandas serta memakai seluar.

Dwi memberitahu, dia mendapat panggilan telefon daripada penjaga kawasan perumahan yang memaklumkan rumah di sebelah rumahnya dimasuki pencuri dan meminta lelaki itu datang untuk memeriksa rumahnya.

“Keesokannya, saya datang ke rumah itu bersama isteri dan kami memang tidak tinggal di sana sejak membelinya empat tahun lalu.

“Ketika sampai di rumah, kami terhidu bau busuk. Baunya datang dari arah tandas dan selepas diperiksa, kami jumpa mayat reput,” katanya.

Pasangan suami isteri itu terus menghubungi polis dan mereka tidak menolak kemungkinan lelaki itu terjatuh ketika cuba memecah masuk rumah mereka.

Sementara itu, polis akan meneruskan siasatan dan mengenal pasti punca kematian lelaki tersebut.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya.