Masjid lumpur era Umayyah ditemukan di Iraq - Utusan Malaysia

Masjid lumpur era Umayyah ditemukan di Iraq

TAPAK masjid lumpur era Umayyah ditemukan di kota Al-Rifai. - AGENSI BERITA IRAQ
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

BAGHDAD: Sebuah masjid lumpur yang dipercayai berasal dari era Umayyah pada 678 Masihi ditemukan di wilayah Dhi Qar, di selatan Iraq.  

Lapor Al Jazeera, wilayah itu terkenal sebagai salah sebuah tapak arkeologi yang kaya dengan peninggalan zaman lalu yang berusia 1,300 tahun. 

Menurut pegawai, masjid itu ditemukan oleh pasukan dari Muzium Britain bersama ahli arkeologi warga Iraq yang melakukan misi penggalian.

Masjid itu yang ditemukan di kota Al-Rifai terletak di tengah-tengah bandar perumahan.

Berdasarkan maklumat penemuan penggalian terkini, masjid itu mempunyai keluasan kira-kira lapan meter lebar dan lima meter panjang.

Jelas laporan itu, terdapat sebuah mihrab kecil untuk imam di tengah masjid yang boleh menempatkan sekitar 25 orang.

Ketua Jabatan Penyiasatan dan penggalian wilayah Dhi Qar, Ali Shalgham menyifatkan masjid itu sebagai salah satu penemuan paling penting dan besar.

Katanya, ini kerana, masjid itu dibina sepenuhnya daripada lumpur dan berasal sejak tahun-tahun awal Islam.  

Jelas beliau, beberapa tapak arkeologi peninggalan Islam juga ditemukan yang berasal seawal era Umayyah.

Namun, disebabkan hakisan tanah, tidak banyak maklumat didedahkan mengenai zaman Islam pada masa itu.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya