Letupan Hospital Kabul: Komando Taliban antara mangsa maut - Utusan Malaysia

Letupan Hospital Kabul: Komando Taliban antara mangsa maut

ANGGOTA Taliban mengawal pekarangan hospital tentera di Kabul.-AFP
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KABUL: Komando Tentera Taliban, Hamdullah Mokhlis antara mangsa yang terbunuh dalam serangan letupan disusuli tembakan di hospital tentera terbesar di Kabul, semalam.

Hamdullah yang merupakan anggota Haqqani dan pegawai tentera khas Badri Corps adalah pegawai tentera paling kanan yang maut sejak Taliban mengambil alih pentadbiran Afghanistan.

Lebih 20 orang terbunuh dan 50 yang lain cedera selepas letupan berlaku di pintu masuk Hospital Sardar Mohammad Daud Khan yang menempatkan 400 katil.

Rangkaian militan Daesh mengaku bertanggungjawab melancarkan serangan maut tersebut.

Gambar-gambar yang dikongsikan oleh penduduk setempat menunjukkan kepulan asap memenuhi segenap ruang berdekatan bekas zon diplomatik di Wazir Akbar Khan di bandar itu.-AFP

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya